PENGENALAN

Sejarah Penubuhan Prasekolah SJKT CANTUMAN 
 CHAAH

  • Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.
  • Penubuhan Prasekolah SJKT CANTUMAN CHAAH di tubuhkan pada awal Januari tahun 2006. Dari awal pembukaan kelas prasekolah, kelas dikendalikan oleh seorang guru prasekolah Pn.Lechmi A/P Kalimuthu dan dibantu oleh seorang pembantu Pn. Norasyikin Binti Mohd lutfi. Bilangan murid adalah sebanyak 25 orang.

Kriteria Pemilihan Murid Bagi Memasuki Pendidikan Prasekolah
 
  •  Warganegara Malaysia.
  •  Berumur 5 dan 5+ tahun.
  •  Setiap kelas 25 orang murid.
  •  Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu / penjaga

Syarat-syarat Pemilihan Murid Prasekolah

  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 - Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti
  Jenis-Jenis Bantuan
  • Bantuan makan murid (RM1.80 sehari bagi Semenanjung / RM2.05 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid)
  • Peruntukan PCG Murid (RM100.00/ murid setahun)
  • Bantuan Kokurikulum (RM25.00/ murid setahun)
  • Bayaran Takaful (RM1.50/ murid setahun)

No comments:

Post a Comment